fbpx
BP-1-18, D'Alpinia Business Park, Puchong
+60122377905
info@leap.com.my

KOMUNIKASI WARNA

Masalah utama dalam kebanyakkan organisasi adalah berpunca dari kepimpinan dan komunikasi. Buku ini merungkai mengapa manusia itu berbeza dan bagaimana anda boleh menggunakan kaedah Colored Brain untuk memimpin dan berkomunikasi dengan lebih baik.

SERLAHKAN KUASA KEPIMPINAN

Mengenali diri penting untuk menjadi seorang pemimpin yang efektif. Berdasarkan kajian oleh Gallup, pemimpin yang efektif lebih mengenali diri dan menggunakan kekuatan mereka untuk memimpin.

KOMUNIKASI DENGAN BERKESAN

Konflik komunikasi sering berlaku disebabkan perbezaan perspektif. Teknik Colored Brain memberikan penjelasan mengapa manusia itu berbeza dari sudut pandang dan bagaimana konflik ini dapat diatasi dengan memahami perspektif yang berbeza.

DENGAN PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

Berdasarkan kandungan oleh Arthur Carmazzi dan Directive Communication, kaedah ini mendapat pengiktirafan oleh American Institute of Business Psychology (AIOBP), dan kini ia boleh didapati dalam bahasa melayu.

KOMUNIKASI WARNA

Sudahkah anda mengetahui Colored Brain anda dan bagaimana ia mempengaruhi kepimpinan dan komunikasi anda?

Buku Komunikasi Warna merungkai mengapa manusia itu berbeza dan bagaimana anda boleh menggunakan kaedah Colored Brain untuk memimpin dan berkomunikasi dengan lebih baik.

Padat dengan maklumat yang disampaikan dengan bahasa yang mudah serta melalui penceritaan, buku ini mampu membantu anda memahami dengan mudah konsep Colored Brain dan bagaimana anda dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Apa manfaat Colored Brain?

Terdapat pelbagai kepentingan mengetahui Colored Brain. Antaranya: –

MENGENAL POTENSI DIRI

Mengenal kekuatan dan kelemahan diri serta rakan-rakan disekeliling kita. Pemimpin yang hebat menggunakan kekuatan mereka, dan mengguna pakai kekuatan orang disekeliling mereka.

MEMBINA PASUKAN

Membentuk pasukan yang mantap memerlukan kerjasama yang baik. Seringkali perbezaan boleh menjadi punca sesebuah pasukan itu lemah, dan dalam masa yang sama perbezaan sekiranya diuruskan dengan baik akan menjadi kekuatan pasukan.

MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

Produktiviti dapat ditingkatkan dengan komunikasi yang berkesan dan sebagai pemimpin kita meletakkan orang pada tempat yang betul, serta mendapatkan perspektif dan pandangan yang berbeza.

MENGURUSKAN KONFLIK

Dengan memahami perspektif setiap orang kita dapat mengetahui ekspektasi mereka dan dari sudut mana pandangan mereka. Ini dapat mengurangkan konflik serta membina perhubungan yang lebih baik sekaligus meningkatkan kepercayaan diantara ahli pasukan.

BERKENAAN PENULIS

JOHAN IRWAN BIN KAMAROZAMAN merupakan pengasas Leap Leadership Academy Sdn. Bhd. Beliau mendapat pentauliahan daripada Directive Communication™ International untuk mengendalikan program berdasarkan Colored Brain Communication sejak tahun 2012 dan sehingga kini beliau telah menganjurkan ratusan sesi tentang Colored Brain daripada peserta yang pelbagai.


Setelah mendapat Ijazah Kejuruteraan Elektronik dari Multimedia University, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera, seterusnya menceburi bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan sebelum menjadi penceramah profesional. Beliau kini merupakan President-Elect di Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS), sebuah persatuan yang bernaung dibawah Global Speakers Federation (GSF). Beliau juga merupakan ahli profesional bertauliah di American Institute of Business Psychology (AIOBP) dan pengamal NLP bertauliah.


Beliau pernah melatih syarikat-syarikat di dalam dan luar negara seperti Telekom Malaysia Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Multimedia University, Maybank Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Petronas, Brunei Shell Petroleum, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Audit Negara, HASIL, Ministry of Industrial Development,  Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dyson Manufacturing, Malaysian Airports Holdings Berhad, TechnipFMC, FELDA, NAFAS, Pos Malaysia, Sarawak Energy, Texas Instruments, Shin-Etsu, Muhibbah Engineering, Takaful Brunei Darussalam, Ministry of Finance Brunei, FA Securities, Bali Niksoma Hotel, Universiti Teknologi Petronas, UNITAR, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi MARA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Akademi Kastam Malaysia (AKMAL), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Sudan Future University, and Majlis Sukan Negara. Beliau juga pernah dijemput untuk berkongsi di media tempatan seperti TV1, TV Alhijrah, Nasional FM and Astro Awani.

Apa kata mereka?

“Kehebatan ciptaan Tuhan – otak manusia telah digambarkan melalui kaedah Colored Brain Communication yang membolehkan komunikasi berlaku dengan lebih berkesan. Kursus yang dikendalikan oleh Encik Johan telah berjaya memperkenalkan kaedah ini untuk diamalkan oleh staf UTeM di semua tahap perjawatan.”

Mohd Farid Khalid

Pegawai Latihan,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

“Terdapat banyak kaedah profiling di pasaran. Namun saya mendapati Colored Brain adalah antara kaedah termudah untuk difahami dan digunakan. Apa yang lebih membantu adalah penjelasan saudara Johan yang memberi pengertian yang menyeluruh. Teknik pengajaran beliau sangat interaktif dan memupuk penglibatan peserta.”

Jegatheeswaran Manoharan

Pengarah,
Accordia Training & Development Sdn. Bhd.

“Selepas menghadiri kursus Colored Brain yang dijalankan oleh Johan, saya dapati segalanya berkaitan dengan pemilihan staff adalah sebenarnya sangat mudah. Saya aplikasikan segala yang diajar oleh Johan dalam sesi interview dan staff yang ada saya amati semua melalui Color Brain dan meletakkan mereka di kapasiti mereka yang sebenar. Kerja dan komunikasi antara kami lebih mudah dan lebih jelas selepas itu.”

Fizlee Hafiz

Pengasas,
KakP The pisang Cheese

Mereka pernah menggunakan Colored Brain

Antara syarikat-syarikat yang pernah saya latih menggunakan kaedah Colored Brain Communication.

Dapatkan senaskah sekarang! 

Miliki senaskah Komunikasi Warna dan kuasai komunikasi dengan manusia yang pelbagai warna.

KOMUNIKASI WARNA  |   ISBN 978-967-16775-0-6

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan maklumat terkini serta tips-tips yang kami kongsikan secara eksklusif dengan komuniti kami. Dapatkan juga Bonus eBook “Mengenali Usahawan Dengan Ciri Colored Brain” dan 3 video penerangan mengenai Colored Brain sekiranya anda menyertai kami. Sertai kami dengan menekan butang subscribe sekarang.

SUBSCRIBE

105800total visits,28visits today